Ahad, 28 November 2010

SINAR HARIAN







SINAR HARIAN 29 MAC 2009






SINAR HARIAN JUMAAT 8 MAY 2009




SINAR HARIAN ISNIN 9 MAC 2009


SINAR HARIAN SELASA 31 MAC 2009

KOMUNIKASI BERKESAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP PDRM

Di nukilkan semula pandangan Tan Sri Lee lam Tye berkaitan dengan perlunya anggota PDRM di beri kursus berkomunikasi berkesan dengan orang ramai serta pandangannya meningkat kebolehpercayaan masyarakat terhadap PDRM. Rata-rata kita lihat dan dengar rungutan bahasa serta komunikasi tidak berkesan dari anggota PDRM; namun harus kita fikirkan keadaan diri angota itu sendiri majoriti tidak di dedahkan ilmu berkomunikasi(hanya tertentu sahaja di beri kursus), . tahap ilmiahnya pun rendah, tempat tugas yang tidak selesa(ruang sempit, meja kerusi masuk usia warga emas dan berbau kurang enak, keadaan anggota dan kepadatan penduduk tidak seimbang dan banyak lagi yang perlu sangat-sangat di atasi. Yang ada masalah dan datang kebalai dalam keadaan marah dan bila di tanya mudah berang serta kata anggota banyak cakap. Segelintir masyarakat mudah menuduh anggota korupsi(contoh:tahan kenderaan di katakan cari wang), menuduh kerana kehadiran anggota menyebabkan jalan sesak dan banyak lagi. Harus di ingat semuanya yang berlaku dari sekecil hingga besar berakhir dengan khidmat PDRM menyelesaikannya(walau pun suatu ketika mengutuk tak kehabisan kepada PDRM). Untuk meningkat kepercayaan masyarakat terhadap polis tidak boleh tidak anggota PDRM mesti turun kebawah, masuk kampung, masuk kedai, masuk lorong, naik masjid, hadir kesekolah. Perkara ini berlaku di tempat saya yang mana ketua balainya siang malam berjumpa ahli masyarakat dan juga tidak kurangnya memberi syarahan dalam masjid terutama selepas solat jumaat. Tajuknya 'mari bersama bertanggungjawab menjaga diri, keluarga, harta, tempat dan kawasan kita' ke arah sejahtera dan harmoni. Akhirnya setengah masyarakat faham dan mereka menunbuhkan Comunity Policing tanpa mendapat apa-apa elaun hanya semata atas dasar tanggungjawab dan pihak PDRM menjadi penasihat motivasi. Hal ini tidak boleh dilakukan seorang; mesti bergerak dalam pasukan. Dengan tindakan sedemikian akhirnya menampakan hubungan bertambah baik dengan masyarakat dan penurunan semua bentuk jenayah. Anggota mesti bercakap cara jujur dan beri penerangan yang jelas bukan berlandaskan 'melepaskan batuk di tangga'. Tak boleh katakan tak boleh; boleh katakan boleh. Polis dan masyarakat tidak boleh dipisahkan; walau meninggi langit kebencian akhirnya terpaksa diam dalam marah dan malu berjumpa dan meminta sedikit pertolongan. Manakala polis pula jangan menganggap kes atau maklumat yang di terima kecil dan mengabaikannya; suatu hal yang negatif(contoh: maklumat angsa jiran berak dihalaman rumah dan panggil polis). Fahamlah, itulah khidmat PDRM.

Sabtu, 3 April 2010

Demi Kesejahteraan

Assalamualaikum para pemimpin yang budiman. demi kesejahteraan rakyat dan kelompok masyarakat berbilang kaum jangan ada yang komen atau menjawab apa-apa tuduhan mahupun cemuhan dari pihak yang tidak ingin berada dalam suasana damai. Diamkan diri anda dan buat kerja mengikut jadual yang telah dirancang dan akan ada nanti yang mengucap syukur. biarlah tangan yang memberi tidak dapat dilihat oleh tangan yang menerima(umpamanya). Wahai pemimpin budiman; janganlah anda mengikut rentak pasukan porakperanda, kumpulan lintangpukang dan tonggengtebalik tuuuu!!!!!!!!

Sabtu, 27 Mac 2010

kemelut PSM

Kemelut yang melanda PSM adalah ribut dalam cawan. Pengerusan PSM tutup mulut jangan hiraukan apa yang di ributkan. Apa kemajuan akan ada halangan dan yang perlu tidak menyahut membuat ulasan. Tapi perlu berlandaskan perlembagaan PSM, jangan main belakang.